Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Organising Committee’ Category

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KOMUNITI DI KAWASAN PERUMAHAN USJ 3/1 DAN USJ 3/2

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan memandangkan kerapnya berlaku kes-kes jenayah seperti kecurian, rompakan dan samun di kawasan perumahan USJ 3/1 & USJ 3/2, satu jawatan kuasa penduduk telah ditubuhkan dengan tujuan utama untuk mencari penyelesaian bagi meningkatkan tahap keselamatan dan seterusnya membenteras gejala jenayah di kawasan perumahan kita bersama.

Oleh yang demikian satu program kesedaran keselamatan akan diadakan pada 12-Julai-2009 pada jam 3 petang bertempat di padang permainan USJ 3/1A. YB Hannah Yeohh telah bersetuju untuk menghadirkan diri bagi menyokong program kesedaran tersebut. YB Dato’ Adnan Bin Haji Md. Ikhsan (YDP MPSJ) serta Ketua Inspektor Loi Yew Lik (Ketua Balai Polis USJ8) akan menghadiri untuk menyokong program ini.

Program kesedaran ini akan merangkumi aktiviti dan kerja-kerja seperti memasang pagar (“Gated community”) di kawasan yang tertentu, mengupah pegawai-pegawai keselamatan untuk membuat rondaan dan bekerjasama dengan pihak polis untuk meningkatkan rondaan di kawasan yan tertentu pada waktu yang sesuai dan lain-lain aktiviti yang berkeperluan.

Diharap tuan-tuan dan puan-puan penduduk USJ 3/1 dan USJ 3/2 akan keluar beramai-ramai pada 12-Julai-2009 Jam 3 Petang untuk memberi sokongan yang jitu bagi menjayakan program kesedaran keselamatan komuniti kawasan perumahan USJ 3/1 dan USJ 3/2.

BERSATU KITA AMAN DAN SELAMAT

JAWATAN KUASA PENDUDK KAWASAN USJ 3/1 & USJ 3/2

Read Full Post »